Tuesday 6 October 2015

Dear SAHABAT..

*Tengok la*

Sahabatku,
Salam persahabatan moga dirindui,
Seikhlas ingatan setulus memori,
Sejuta penghargaan hambe ucapkan buat sahabat yang hambe kasihi
dan
Semoga diredhai Allah selamanya.

Sahabat,
Ikatan persahabatan yg terjalin telah pun meninggalkan kesan di lubuk hati.
Segala yg menggembirakan, yang menyedihkan, yang mendukakan kini hanya tinggal sebuah memori yg terpahat kukuh disanubari.
Mungkinkah hingga ke saat ini sahaja ukhuwah yg tertapak sekian lama? Atau ianya akn hilang begitu sahaja? Atau ianya akan dilupakan? Atau ia hanyalah seumpama air yg akn memadamkan api?

Sahabat,
Sesungguhnya ukhuwah yg terjalin adalh sesuatu yg termaktub.
Mulanya masing-masing tidak mengenali antara satu sama lain tetapi kini...
Segalanya telah berubah, saling kenal-mengenali seterusnya menjadi akrab dan intim.

Sahabat,
Jika takutkan ombak jgn berumah ditepian pantai.
Begitu juga, kita, jika takutkan perpisahan jangan hampiri pertemuan.
Inilah hakikat sebuah kehidupan yg sentiasa berputar-putar ibarat roda yg berpusing.
Kita harus tabah dan redha dlm menghadapi setiap apa yg telah disuratkan kpd kita kerana hanya DIA sahaja yang tahu apa yg terbaik untuk hambNYA.

DIA juga tidak akan membebankan hambanya dgn apa yg tidak terdaya di tanggung oleh kita. Segalanya masih dipayungi oleh 1001 kemungkinan. Kemungkinan yang bakal meninggalkanmemori disudut hati kita.

Sahabatku,
Berpisah dengan kalian bukan pilihan ku,
Tapi kita terpaksa berpisah demi meneruskan cita-cita dan impian kita..
Kita harus mendaki puncak tertinggi hidup kita..
Kalian tinggalkan diri ini dan diri ini tinggalkan kalian..
Berjauhan kita tak semestinya melupakan,
Memori bersama kalian sentiasa segar di ingatan,
Kerinduan pada kalian sering menebal di hati..
Tapi apa daya ku,
Kita terpaksa akur pada ketentuan..

#Ukhuwahfillah

No comments: