Friday, 15 August 2014

CURAHAN KASIH 2014.. :'(


Curahan Kasih aktiviti di sekola ku..
Air mata hari ini adalah air mata yang telah lama tidak aku curahkan daripada mulanya program itu sehingga aku balik membawa ke lena.. Setelah bangun dari lena terasa diri ini mengalami kondisi yang agak suam.. Mungkinkah kerana curahan air mata yang terlampau itu aku di timpa DEMAM?? 

Kenapa aku mencurahkan air mata terlampau itu??

Kerana aku inginkan ibuku berada disisi.. Seperti rakan-rakan lain yang berada disisi ibubapa mereka.. Aku mengerti alasan ibu mengapa tidak hadir?? Dan mengapa dia menghantar wakil?? Aku mengerti semuanya!! Tapi aku masih tidak dapat menerima itu.. Dikala rakan yang lain sedang enak dalam dakapan ibu tercinta dikala itu juga aku hanya mampu teresak sendirian tiada tubuh yang boleh ku dakap.. Mengharapkan seorang guru tersayang menghadiri dikala aku memerlukan dakapan seorang guru.. Tapi itu mustahil.. Kondisinya juga tidak mengizinkan..
Seorang rakan ku bertanya.. 'Seena kenapa kau tak duduk dengan Uncle kau' lalu aku menjawap ringkas dan senang untuk dia mengerti.. 'Kami bukan MAHRAM'.. Lalu dia tunduk mengerti.. Beberapa hari sebelum majlis ini berjalan telah aku memujuk ibu ku untuk hadir ke majlis ini.. Dia tetap memberi alasan yang sama.. Lalu aku berkata 'takkan nini nak peluk uncle bila ada nangis-nangis nanti??' ibu ku menyahut ringkas dan sangat berbekas.. 'Ah tak payah polok-polok the'.. Saat itu aku tidak tyerasa akan percakapan itu.. Tetapi hari ini kata-kata itu mula menonjolkan diri.. Dan saat itu aku tersangat perih..

Dalam aku melayan pemikiran ku.. Mata ku terlihat insan yang sangat aku kasihi.. Lantas aku mengejar.. Mula-mula kepala ini ingin menyatakan semua yang di ajar oleh En. Muhammad Asri Bin Hj Hussain.. Iaitu mengucap sayang terhadap sahabat, memohon maaf, memberi maaf dan minta dia mendoakan.. Setelah berjaya bertentang dengan sahabat itu.. Mulutku hanya mampu mengucap maafkan saya and doa kan saya.. mungkin perkataan sayang itu malu untuk aku luahkan.. Lantas dia berlalu pergi.. Kerana saat itu dia bergegas mahu berjumpa seseorang..

Tinggal lagi aku melayan duka.. Dalam melayan duka sempat juga aku berkongsi pengalaman dengan sahabat yang berada disisi ibu meraka.. Cemburu rasa hati.. Terlihat lagi sahabat ku yang tadi.. Saat ini di kelihatan tidak lagi tergese-gese.. Aku mengejarnya lagi.. Saat itu aku tidak lagi dapan merahsiakan perasaan kuciwa dihati.. Dia cuba menghilangkan kesedihan ini dengan membuat jenaka yang saat itu aku tidak dapat menerima jenaka-jenakanya.. Kesal.. Lantas aku sendiri yang meninggalkannya..

Berlari anak aku ke tempat yang tiada seorang pun disitu.. Sedang enak melayan duka.. Sorang demi sorang sahabat sekelasku tiba.. Bertanya dan terus tertanya mengapa aku masih bersedih?? Cuba juga membuat jenaka.. Tapi setiap jenaka yang masuk di telinga hanya lah seperti air yang dicurah ke cawan yang terbalik.. Krriinnggg..! Loceng sekola berbunyi tanda tamat sudah sesi persekolahan..

Di atas motor air mata berjuraian seperti lebatnya hujan yang dikala itu cuaca yang sangat indah.. Tidak terlalu panas dan tidak juga hujan.. Hanya aku sendirian hujan yang berpanjangan.. Sesampai je dirumah aku menyalin sepersalinan dan terus melayan perasaan hingga basah lengan@batalku.. Setelah terasa letihnya aku teriakan aku dengan tertido..

Terima Kasih mak cik Norma yang sudi jadi ibu Ina untuk seketika..

Tadi p pasar malam AIR MAWANG jumpa sahabat sekelas dia tego.. 'Seena sembab mata huhuhu..' Aku hanya mampu tersenyum tanpa sebarang hujah.. Tiada terdaya untuk berkata-kata.. Hilang selera makan.. Tekak rasa sakit.. Kepala tak berhenti berdenyut daripada majlis tadi hingga kini.. Effect apa kah ini??

Esok nak pergi ke Tampin.. Kalau tak penting tak hinggin ku melakanh keluar dari rumah dengan rupa begini?? Di pasar malam tadi nak carik jersey yang ckg suruh carik utk pebarisan hari Ahad nie.. Tapi tak de pulak.. Selalunya ada pulak.. Berharap segala nya di permudahkan esok.. Tak sanggup aku berlama-lama di Tampin yang sesak itu.. :'(

Story yang tiada ending..

The End

Sunday, 10 August 2014

Tidak Lagi Melawan Takdir..



Hurm.. Aku rasa selama ini aku melawan takdir.. Mengusahakan sesuatu yang sememangnya yang tidak akan menjadi milik aku buat selamanya.. Empat kali mengusahakannya.. Ia tetap tidak berkekalan.. 7/7/2014, ia telah pun tamat.. Dan kali ini tidak inginku menentang takdir yang telah di tetapkan oleh ALLAH.. Aku terima semua dengan redha dan berusaha mengekalkan dan meliharanya.. InsyaALLAH.. :)


Kadang diri ini lemah..
Kadang diri ini gundah..
Lantaran iman yang goyah..
Hamba Allah yang sentiasa bersalah..

Saturday, 9 August 2014

New Nickname.. "CIK NI"

Karamina & Harith

"Cik Ni".. Mau buang semua kisah silam.. Ukir kenangan yang lebih indah.. "Chek Ina".. Ingin ku lenyapkan dari ingatan.. Lupakan semua kisah yang menyinggungkan.. Kini terlahirlah saya.. Iaitu "Cik Ni".. Tertanya-tanya kenapa "Cik Ni"?? Sebab tadi anak buah saya panggil saya kakak lepas tu ummi dia betulkan bukan kakak tapi "Aunt@Cik Ni" so dia panggil saya "Cik Ni".. Saya rasa best pulak nama tu.. Saya pun jadikan nama FB saya.. Terima Kasih Harith and Mina "Cik Ni" dah ada nama fb baru.. Huhuhu..

Hikmah 'Tiada Jodoh




Bila putus cinta, tak jadi kahwin, 
putus di tengah jalan..
Kita biasa dengar ungkapan ni.

"Dah takde jodoh..."

Tapi saya nampak ianya lebih dari itu. 
Ada banyak punca, antaranya:

Ianya adalah pengajaran dari Tuhan.

Orang bercinta atau orang yang tengah sayang menyayangi, timbul sampai ke satu tahap mereka rasa, atau salah seorang dari mereka rasa,

"Dialah segala-galanya bagi aku."
"Aku hanya sayang dia seorang."
"Cinta aku hanya untuk dia."
"Rinduku milik dia."
"Ah, hanya dia."
"Hatiku milikmu."
"Dialah satu, tiada dua."
"Hanyalah satu yang bertakhta di hatiku."
"Kalau aku ada kambing seekor, aku hanya akan berikan padamu."
dan bermacam lagilah. 

Bila sampai ke tahap ini, maka mereka yang terlibat sebenarnya telah buat kesilapan yang besar iaitu MELEBIHKAN seseorang dari YANG LEBIH PATUT DILEBIHKAN.

Dgn kata lain, melebihkan cinta seseorang melebihi cinta kepada Tuhan.

Pada Tuhan tak pernah² diluahkan rasa sayang dan kasih sebegitu dahsyat. Tapi, pada manusia yang tak beri manfaat apa-apa, dia beri segalanya. Beri hatinya.

Lalu, Allah STOPKAN perhubungan tu. Maka terputuslah di tengah jalan. 

Tak kiralah putus sebab apa pun. Sebab orang ketiga, sebab salah faham, sebab gaduh, sebab mak bapak tak berkenan, sebab keluarga, sebab harta, sebab sikap, sebab tak sefahaman, sebab nafsu tak dapat kontrol, sebab cempedak jadi nangka, sebab berebut murtabak dan macam2 sebab lagi. Itu cumalah asbab. 

Sedang yang mengawal hati, menentu jodoh, menjadikan hubungan itu smooth atau celaru, semua di tangan Allah.

After hubungan tak kesampaian, sekarang siapa yang kau tuju?

Allah juga jadi tempat yang dituju.
Allah juga jadi tempat mengadu.
Lalu terpacullah dari bibir, 
Tertaiplah pada statusmu, blogmu, nukilanmu,

"Cukuplah Allah bagiku."

Selama ini kita cabar Allah dengan melebihkan manusia dari Dia. 
Lalu Dia seru sahaja mengikut iradat-Nya, 

"Kun Fa Yakun."

Putuslah.
Berakhirlah.

"Kembali sujud pada-KU!"

Sekarang setelah dah tiada jodoh, 
Siapa yang kau lebih perlukan?

Barulah tersedar,
"Aku perlukan Allah.
Aku sayang Allah."

Akhir kata, jangan cabar Allah.
Dengan atau tanpa sengaja.

Nukilan: Muhammad Rusydi 


HIKMAHNYA:
#JANGAN MELEBIHKAN MANUSIA DARIPADA ALLAH#

Friday, 8 August 2014

Aku Memilih Setia..



Hari ini aku harus berterus-terang. 
Luahkan segalanya pada suami.

Aku nak minta dia lepaskan aku. Ceraikan.

Ding!

Mesej masuk di Whatsapp.

“Awak jangan risau. Saya janji akan bahagiakan awak. Kuatkan hati, kuatkan tekad. Tak guna hidup bersama kalau dah tak cinta.”

Mesej dari pemuda yang sudah 6 bulan ku kenali. Tua dua tahun dariku. Bermula kenal dari Instagram bisnes tudungku. Dia tawarkan diri untuk jadi jurugambar professional. Kerja sebenarnya, arkitek di sebuah syarikat ternama. Hasil dari gambar-gambar cantik yang diambilnya, bisnes tudung makin bertambah maju. Dalam masa 4 bulan, sudah mampu bayar deposit kereta baru.

Dari hanya bisnes, akhirnya hubungan kami jadi rapat. Suamiku langsung tiada syak wasangka. Sangkanya cuma rakan perniagaan. Suami sendiri kenal pemuda itu. Malah, dia sendiri yang hantar dan ambilku ke studio untuk photoshoot. 

Dalam diam, pemuda itu meluahkan rasa cintanya padaku. Aku pada mulanya berat untuk menerima. Status ‘isteri orang’. Namun, lama-kelamaan aku mengakui punya rasa yang sama dengannya. Cinta tidak bertepuk sebelah tangan. Katanya, dia kagum dengan kecantikan dan kelembutanku. Matang dalam berfikir, bijak dalam bisnes. 

Bernikah seawal umur 21. Hayat perkahwinanku dah menginjak tangga lima tahun. Dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Suamiku kerjanya biasa saja. Seorang despatch. Itulah kerjanya sejak awal bernikah sampai sekarang. Kadang-kadang kerjanya itu sampai ke petang. Kadang sampai ke malam andai ada masalah. Semua kiriman dan surat perlu sampai tepat pada masa. 

Suamiku itu umumnya baik. Tapi, selalu kami bertengkar juga. Masalah dia terlalu sibuk. Tiada masa untuk anak dan keluarga. Balik lewat petang, dah sangat penat. Nak buat overtime lagi. Katanya nak cari duit lebih, nak beli rumah. Tak mahu lagi menyewa. Tiga empat bulan ni, dia struggle untuk tujuan tu. Banyak kali dia balik rumah, aku dah tertidur pun. Aku pula cuma suri rumah yang ada bisnes tudung di internet. Akhir-akhir ni, pendapatanku lebih lumayan berbanding suami. Minggu lepas kami bergaduh besar. Dia sangka aku nak menunjuk-nunjuk aku lagi lebih darinya; nak tunjuk aku dah ada duit, so aku nak belikan segalanya dalam rumah. Hatta kepada kereta pun. Dia rasa kecil hati tak pasal-pasal. Malas aku nak bertekak. Tension bila niat baik disalahfahami. Pertengkaran berlanjutan. 

Bila aku stress, aku adukan masalah pada pemuda si jantung hati. Dia sangat memahami. Malah, mampu menenangkan aku. Aku rasa damai di sampingnya.

Malam ni aku tekad. Aku nak bercerai.

Aku tunggu dia balik kerja. Lambat sangat sampai aku tertidur. 

Bila bangun, dia tak ada di sebelah. Aku tengok motornya dah ada di parkir. 

Aku melangkah ke bilik anak. Nampak pintu sedikit terbuka. Ternampak kelibat suamiku di dalam. Aku mematikan langkah sekadar di luar pintu. Aku menantinya keluar dulu dari bilik anak. Tak mahu anak terdengar nanti. Berdiri di sisi dinding bilik anak. Telingaku terdengar anak dan ayah sedang berbual. Menangkap jelas segala tutur kata.

“Ayah, kenapa ayah asyik cerita pasal Nabi Muhammad saja?”

Si ayah tersenyum menjawab,

“Sebab ayah nak anak ayah ni tiru Nabi. Tak ada cerita yang terbaik selain cerita Nabi. Buku cerita lain hanya berkisar tentang fantasi, fairytales. Sedangkan tu semua tak wujud. Khayalan. Namun, Nabi kita wujud di realiti. Malah, menanti umatnya di akhirat kelak. Hero kamu bukan ayah, bukan watak-watak komik cerita fantasi. Hero kamu adalah Nabi Muhammad. Bukan sekadar bedtime stories.

Ayah tak tahu banyak, jadi ayah bacakan saja dari buku Biografi Nabi Muhammad ni. Dulu, ayah belajar setakat STPM saja. Ayah tak pandai. Ayah orang miskin. 

Tak ada siapa pun ceritakan tentang Nabi secara terperinci pada ayah. Atok pun tak pernah. Jadi, ayah tak nak kamu jadi macam ayah. Ayah nak kamu jadi dewasa untuk jadi seperti Rasulullah. Berjaya di dunia dan akhirat. Andai suatu hari kamu tak berjaya di dunia sekalipun, kamu miskin sekalipun. Harapnya kamu tak miskin agama. Pegang kuat apa yang ayah cakap ni, ya?”

Si anak mengangguk. Senyum.

“Malam ni, ayah nak pesan apa-apa sebelum saya tidur?”

Si ayah menjawab ringkas,

“Ada. Ada seorang ustaz kata, kita kena berinteraksi pujuk anggota badan kita sendiri. Motivasi anggota badan supaya tak buat benda-benda tak elok.”

“Macam mana tu, ayah?”

“Misalnya, ambil masa seminit dua, sambil gosok tangan, cakap pada tangan, ‘Hei tangan, hari ini jangan buat maksiat tahu. Allah nampak.’ ‘Hai kaki, hari ni kita melangkah ke masjid ya.’ Usap mata pula dan kata, ‘Wahai mata, hari ni nak melihat yang baik-baik saja. Nak tundukkan pandangan.’ Beritahu dengan seluruh anggota badan yang selalu buat benda tak baik, ‘hari ini, kena takut pada Allah. Jangan buat maksiat, okay?’.”

Si anaknya tersenyum.

“Jadi, saya kena beritahu mata saya, ‘Wahai mata, hari ni jangan tengok kartun banyak sangat. Tengoklah Al-Quran!’”

“Pandainya anak ayah!”

Si ayah mencium dahi anaknya. 

“Dah, tidur ya? Baca doa tidur sama-sama. Allahumma Bismika Ahya Wa Amut. Ya Allah, dengan nama-Mu aku hidup dan aku mati. Amin… Baiklah. Jumpa malam esok pula.”

Si ayah bangun dan nak keluar bilik. Tiba-tiba tangan si ayah digapai si anak. Menangguh langkahnya.

“Ayah sayang saya tak?”

Ayahnya tersenyum.

“Sayang sangat.”

“Sayang umi tak?”

Ayahnya tersenyum lagi.

“Sayang. Lebih dari kamu tahu. 

Saat ayah tiada apa-apa dalam hidup, umimu itu sanggup terima ayah jadi suaminya. Baik kan hati ummi? 

Sayang ayah pada umi, sampai menutup mata. Sampai akhirat sana.”

Anaknya tersenyum lebar sampai terlelap.

**
Suamiku melangkah keluar bilik.

Langkahnya terhenti.

Aku menanti di luar bilik. Basah sudah pipi ini dengan air mata. Mengalir tanpa henti. Sungguh hati ini terusik sangat dalam. Aku tak tahu pun suamiku itu setiap malam berada di sisi anak bercerita tentang Rasulullah s.a.w.. Selama ini, ku sangka suami itu langsung tidak peduli.

Sungguh, aku khilaf!

Ku capai tangan suami. Ku salami tangan kasar itu.

“Awak ok ke?” 

Suami kaget seketika.

“Maafkan saya, abang. Maafkan saya. Selama ini, saya curang dengan abang. Saya isteri derhaka. Maafkan saya. Ampunkan saya, bang.”

Suami mengusap ubun-ubun kepalaku.

“Abang dah lama tahu… Abang maafkan..”

Suamiku itu senyum. Tapi, ternyata ada hambar di wajahnya.

“Awak cinta lelaki cameraman tu? Kalau awak cinta dia dan dah tak cinta abang, abang rela korbankan kebahagiaan abang demi melihat awak bahagia.”

Kerana terpaksa, dia relakan. Rela lepaskanku. Bagai nak luruh jantungku ketika itu. Menggigil tangan. Seram sejuk. Aku yang tadi rasa diri kuat nak minta cerai, sekarang dah kaku terus. Tak berdaya. Dalam terketar-ketar, ku kuatkan hati. Sebak mencengkam rasa. Air mata tak daya diseka.

“Tak nak…tak nak..Saya nak abang seorang je…Nak ke Syurga dengan abang…bawa anak kita sama..”

Lantas suamiku itu tersenyum. Kali ini riaknya ikhlas riang. 

Tumpah air mata lelakinya di hadapanku. 

“Jangan ulang lagi…Hargai abang..boleh?”

Ringkas saja tuturnya dalam sebak bicara sama.

Rupa-rupanya dia naik angin dan bertengkar bukan kerana aku ada duit banyak, ada duit lebih. Tak, dia marah dan sakit hati bila dapat tahu tentang aku dan pemuda itu. Disembunyikan sedaya boleh.

Aku mengangguk mengiyakan.

“Tak kisah suami awak ni miskin? Tak kerja best?”

“Tulusly, tak kisah!”

***
Mesej Whatsapp masuk. DP pemuda kacak. Si cameraman merangkap arkitek.

“Macam mana? Dah selesai?”

Aku membalas ringkas mesej itu.

“Maaf. Saya putuskan untuk memilih setia. Kita selesai di sini. Lepas ni, suami saya sendiri yang akan jadi cameraman.”

Mesej masuk lagi.

“Tapi..tapi…kita kan sama-sama menyintai! Dah janji sehidup semati!”

Aku terus tekan uninstall Whatsapp. Buang sim. Patahkan. 

Depan suami.

Dalam hati, enggan lagi melukai. Insan yang lama setia di sisi.

Enggan kerana indahnya mahligai harapan yang belum jadi kenyataan, setia sanggup ku korbankan.

cerita oleh: Muhammad Rusydi 
gambar hiasan: Iman Rulkhairi

Monday, 4 August 2014

Raya 2014

Kapten di hari raya.. :)


Ma big Family..


Selamat hari raya maaf zahir dan batin.. Ampunkan segaladosa ku yang lalu dan yang akan datang sesungguhnya aku menyayanggi kalian yang sangat berjasa padaku.. Alhamdulillah aku di kurnia insan-2 yang berhati mulia.. Keluarga yang menyayanggiku.. Sahabat yang setia.. Guru yang ikhlas memberi ilmu.. Dan semua masyarakat..

Alhamdulillah


Di Mabuk Cinta

Bayangkan bila harimu penuh warna
Itulah yang saat ini ku rasakan..

Dia membuat tidurku tak nyenyak
Dia membuat makanku tak enak
Ku terpikat pada kehangatan
Yang selalu dia berikan

Ku rasa ku sedang dimabuk cinta
Nikmatnya kini ku dimabuk cinta, dimabuk cinta

Bayangkan bila harimu penuh warna
Itulah yang saat ini ku rasakan

Dia membuat tidurku tak nyenyak
Dia membuat makanku tak enak
Ku terpikat pada kehangatan
Yang selalu dia berikan

Ku rasa ku sedang dimabuk cinta
Nikmatnya kini ku dimabuk cinta
Ku rasa ku sedang dimabuk cinta
Ku rasa ku sedang dimabuk cinta

Dimabuk cinta, dimabuk cinta, dimabuk cinta 

Monday, 21 July 2014

10-M



Menyimpan beribu rahsia

Menyimpan beribu rasa

Menyimpan beribu persoalan

Memikirkan konflik kehidupan

Menghadapi perasaan kerinduan

Menghadapi perasaan yang tidak pasti

Menzalimi perasaan

Mengapa aku jealous?

Mengapa aku ego?

Mengapa ini terjadi?

Friday, 11 July 2014

Mentor & Mentee..

Mentor: Tn. Hj Md Amin B. Md Yusof
(Pengetua Cemerlang SMK DUAM)

Alhamdulillah.. Perjumaan mentor & mentee kali kedua.. Ikut program sekolah.. Kalau ikut perjumaan pribadi ini kali ketiga.. 
Kali pertama kami hanya berkenalan.. 
Kali kedua mentor aka pengetua suruh semua menti2nye bercakap.. So saya tanya pasal kejaya yang sesuai untuk saya sebab saya ada banyak pilihan.. Jadi mentor saya mencadangkan untuk saya memilih sebagai seorang pengawai tentera.. Dan dia menawarkan diri untuk berjumpa dengan nya sewaktu ingin mengisi borang kemasokan UPNM.. InsyaAllah..
Dan pertemuan kali ketiga ini dia membuat analisis untuk markah peperiksaan pertengahan tahun kami baru-baru ini.. Dia mencadangkan sebelom belajar seharusnya tidur dulu.. Supaya lebih segar.. InsyaAllah akan saya praktikan..

TERIMA KASIH MENTOR

Mentee:
(Dari kiri belakang)
Faiz Aiman, Amirul Syafik, Farah Atika, Saya, Intan Nazirah & Alif Rashdan,
(Dari kiri depan)
Nur Fitrah, Faraezlin, Nur Afiqah, Norazzura & Nur Fatin..

Thursday, 10 July 2014

7/Julai/2014


Ye.. untuk sekian kali nye ia hancur.. Tidak cukup dengan konflik bersahabat yang mungkin kini menjelang 3 bulan ku kehilang punca.. Dan kini ku tidak mengerti?? Adakah silap ku yang membuat keputusan untuk terus mendiamkan diri atas dasar itu yang sedang di lakukan oleh nya padaku.. 
'Ikut suka nak datang ikut suka jugak nak menghilang'
Biarkan ku terus ternanti.. Menjadi punca utamanya??  :( 


Tidak mengapa >_<!
Forget it Asrina.. 
Wake up 
And 
Be Strong!!

ALWAYS SMILE ᕙ(`▽´)ᕗ


Wednesday, 2 July 2014

PATAH SAYAP.. BERTONGKAT PARUH..



Kerinduan dalam hati
Bagai ditusuk sembilu bisa
Ku tak sanggup menahan sakit dihati
Ku mengharap kesakitan ini sementara
Ku terjaga kau tiada disisi
Bila sedar erti cintamu padaku

Airmata yang mengalir
Menemani ruang hati ini
Namun kini ku tahu tiada yang pasti
Bila sedar erti cintamu

Patah sayap ku patah
Tak mampu terbang lagi
Bila tanpa cintamu
Hidupku tak bererti

Terbang tinggi ku terbang
Mengapai angkasa
Bila berpaut disayapmu
Ku mensyukuri
Nikmat hidup

Pernahkah pernahkah engkau terfikir
Fikirkan tentangku sakit merinduimu
Tak mungkin tak mungkin aku mampu
Menahan beban sakit hidup
Tanpa Dirimu


Monday, 30 June 2014

Guru Tersayang..


Hey I miss both of you..


Berehat untuk berFB untuk seketika..


Doakan kecemerlangan & kejayaan saya..


Jasamu guru..


Takkan ku lupakan..


InsyaALLAH..



SEKIAN

Wednesday, 4 June 2014

Teruskan hidup


☆Saat putus asa melingkupiku,
aku memilih tetap MAJU,

Saat tidak paham maksud Tuhan,
aku memilih tetap PERCAYA,

Saat tertekan oleh banyaknya kekecewaan,
aku memilih tetap BERSYUKUR,

Saat semua jalan hidupku berantakan,
aku memilih BERSERAH,

Saat banyak orang menyakiti,
aku lebih memilih MENGAMPUNI,

Saat semua orang mementingkan diri sendiri
aku lebih memilih PEDULI ♡

Kerana...

"Segala perkara dapat kutanggung di dalam DIA yang memberi kekuatan kepadaku." 

"A M I N" 

Thursday, 22 May 2014

Mungkin Dia lah Sahabat.. ??

*Dia lelaki*

hurm.. sekian lama aku mencari seseorang yang di gelar sahabat.. tak perlu ramai.. cukup sepasang telinga.. bukan aku nak mengatakan kawan-2 yang lain tak baik.. cuma mereka tidak terpilih sebagai pasangan terlinga yang aku percayai.. dia.. lelaki itu?? juga bukan pilihan pasangan telinga yang aku percayai.. tapi sepanjang 5 tahun perkenalan kami.. dia satu-satu nya lelaki yang tahan dengan keegoan ku, tahan dengan baran ku, tahan dengan keras nya kepala ku.. tahan dengan segala-2nya sikap buruk ku.. ada juga seorang daripada sahabat lelaki ini pernah cuba untuk mendekati aku dan aku menerimanya seperti biasa.. tapi dia lebih baran dari aku.. jika baran bertemu baran.. adakah ianya menjadi?? TIDAK.. maka secara on the sport namnya di singkirkan.. kalau nak ikut kan sahabat yang aku inginkan tak perlulah cantik paras rupanya.. tak perlu lah popular atau kaya.. sahabat yang aku perlukan sebenarnya.. boleh dipercayai.. menjaga aib diri ini.. lebih bermotivasi daripada aku.. cukup semua itu..

fakta hidup ku.. tak pernah aku mencerita beban yang aku pikul kepada seorang makhluk pun.. termasuk ibu ku sendiri.. mereka sering merasakan aku sentiasa dalam keadaan ok2.. tapi terkadang ia meletup.. dan saat itu akan banyak hati yang akan terguris.. saat itu.. mengharapkan aku untuk meminta maaf.. ouh.. maaf.. hanya yang tertentu.. 

Di waktu ini aku mengharapkan bantuan dari semua untuk tidak mengganggu emosi ku.. sesungguhnya terdapat yang mengenaliku aku adalah seorang yang sangat beremosi.. jangan dengan angkara yang kecil mencetus emosiku.. kerana disaat ini aku memerlukan doa dari semua untuk menentukan masa depan ku.. sesungguhnya perjalananku masih jauh..

dan dikesempatan ini aku ingin memohon maaf atas setiap kesalahanku.. terutamanya kepada rakan-rakan.. guru-guru juga yang mengenali diri ini..

I'M TELLING THE TRUE..

TAZKIRAH DALAM MENGEKALKAN PERSAHBATAN:


*Buku Yang Diperoleh Semasa Ceramah LGBT*

1) Elakkan darimenyakit hati kawan. (seena mintak maaf)
2) Sentiasalah merendah diri.
3) Jauhilah dari bermasam muka dan tinggalkan perselisihan-perselisihan kecil yang tidak berfaedah.
4) Berikan layanan yang sama rata.
5) Minta izin apabila masuk ke rumahnya. Begitu juga mengambil makanan atau minuman di dalam rumahnya. Adakalanya tidak perlu jika tuan rumah sudah biasa atau dimaklumi telah redha dengan kita bahkan dia merasa senang dengan ketidakcanggungan kita apabila berada di rumahnya.
6) Kasihi anaknya dan hormati orang tuanya.
7) Tepatilah janji atau lapikkan janji dengan sebutan Insya Allah supaya tidak menyusahkannya apabila tidak tertunai janji, maklumkan segera segala kesulitan yang dihadapi.
8) Kasihani mereka sebagaimana kita mengasihani diri kita sendiri.
9) Amankanlah perselisihan yang timbul dengan menjadi orang tengah dan bukannya mengapi-apikan atau menyemarakkan lagi perselisihan mereka.
10) Rahsiakanlah keaiban mereka sepertimana kita tidak suka keaiban kita dibuka.
11) Bersikap bantu-membantulah dalam segala perkara tanpa ada kepentingan peribadi.
12) Sentiasalah berbaik sangka.
13) Tenteramkan mereka apabila ditimpa kesusahan atau musibah.
14) Dekatilah orang miskin dan orangsusah dan berkanlah mereka kasih sayang.
15) Jagalah kehormatan, nama baik, maruah, jiwa dan harta benda mereka.
16) Peliharalah pertuturan daripada menyinggung perasaan.
17) Sentiasalah memberi maaf dan rajin pula lidah meminta maaf apabila bersalah terhadap mereka.
18) Doakan kebaikan dan kebahagiaan untuk mereka.

Sunday, 23 February 2014

BARAN.!

AMIN..


hurm.. tak tahu kenapa sejak dua menjak nie aku mula balik perangai lama aku.. 'PANAS BARAN' semakin menjadi-jadi.. mungkin kah sebab aku kurang tidur and terlalu penat..? angkara jadual yang sangat padat?

dalam seminggu nie banyak pertalian yang aku bina selama ini.. telah putus.. jika ia nye kembali bersatu.. aku rasa ia tidak seperti dulu.. semua nya mungkin berasa serik.. baran ku menjadi-jadi pulak kali nie..


sahabat kesayangngan ku kini xmau bls2 mesej2 ku.. setelah berlakunya pertelingkahan.. sememangnya waktu itu aku benar2 dalam keadaan yang sangat letih.. teringat akan janji ku dgn nye.. terus aku laksanakan tak kusangka aku akan menantinya selama itu di luar rumahnya.. "sememangnya aku tidak suka menanti" mengenangkan ia sahabat ku.. aku menanti nya juga.. bukan dia sahaja.. sahabat2 ku yg lain turut aku nanti saat mereka lambat.

jumaat 21/feb.. aku sekali lagi memutuskan tali persahabatan.. ats sebab2 yang sgt remeh.. sebab mereka meninggalkan aku tidak menantiku saat aku terlewat.. mungkin kalau ia nya terjadi dalam sekali dua aku tak akan marah sedemikian rupa.. dalam waktu yg singkat tu. 4x mereka meninggalkan aku.. saat itu aku berasa sgt menyesal kerana telah bekorban byk masa pernah menanti mereka saat mereka lewat..
*ptg tu*
salah seorg member yg tidak aku tegur di sekolah mengirimkan sms pd ku.. di mngetahui punca aku memarahi mereka.. sbb trdpt seorg rakan wecht aku menceritakan n mungkin bertanya.. iameminta maaf krn xmnanti aku.. saat tu sebak rse hati aku.. mlm itu pula aku menghantar sms pd ank buah aku juga sahabat aku.. bertanya yg dia mahu ikot aku balik ke tidak dlm waktu yg sama aku msih mrh pd dia.. dia jwp dia dtg dgn ayh dia.. aku terus menyekat perbualan n say bye.. dia menyambung tnpa menghiraukan pemutus perbualan ku dan bertnya 'kau kenape mcm nk jauhkan diri dri aku??' aku pon berkata 'xde pape' dia mmbls.. 'dh la kau kalau kau rse rimas nk kwn dgn aku kau ckp je la..' saat tu hati aku rse sgt panas dan aku membals tnpa berfikir panjang.. 'lanx kau lah'.. dia mendiamkan diri..
*esk*
kelas aku ad buat hias kelas.. dua antara 3 org sahabat aq dtg..masing2 senyap.. aku pun senyap ttp dgn keegoan aku.. buat hal masing2.. setelah siap.. semua balik.. ptg tu.. seorg drpd yg hadir tu mnghantr sms.. 'seena kau mrh aku ke?? aku minx maaf kalo aku ader buat slh'.. dgn sejuk hati aku jwp 'xpe are.. sme2 buat slh..' dia bls lagi.. 'kau maafkan aku tau'.. aku jwp 'iye'
*hri nie* 
ank buah aku dok on9 wecht.. sibok menglike wecht aku.. aku mendiam kan diri. dan tiba2 aku tersejuk hati meminta maaf dgn dia.. punca nya aku buka fb dn terjumpa kata2 hikmah.. 

"APABILA BERGADUH ANTARA SESAMA MUSLIM, ALLAH TIDAK PANDANG SIAPA YG BERSALAH TAPI ALLAH PANDANG SIAPA YANG MINTAMAAF DAHULU WALAUPUN DIA BENAR2 SALAH.."

*kate2 hikmah yg menyejukkan hati.. terima kasih yg mengirimkan kata2 hikmah ini di fb*


semalam petang story. entah la..



#tak mau baran2 lagi.. andai ia terjadi lagi.. berharap semua sahabat mengerti.. aku manusia yg xpernah lari dri buat silap.. dan sememangnya keturunanku panas baran.. mungkinkan aku elak??#


"MAAFKAN AKU SAHABAT"

Friday, 21 February 2014

bukan SEPASANG

bukan sepasang.. cukup sebelah yang aku inginkan..
bukan SEPASANG


dua telinga nie asik dengan prob orang.. tapi aku cuma ingin sebalah telingan untuk aku sangkut kt rasa hati ini.. hurm.. kejap lagi ada yang komen.. 'kalau tak org nk dgr cerita pada ALLAH' ye tu sememang nya.. tapi aku manusia.. fitrah manusia.. mesti nak sesorg dgr cite or msalah yg dihadapi.. mungkin korg xmintak.. tp korg dgn sndiri nye cerita prob korg dkt org yg btol2 korg pecaye.. right?? so dh mmg jd fact life manusia need someone tok kongsi rase.. mcm tu jgk aq.. 

kalau boleh sume nak sangkut prob masing2 dkt telinga aku.. tp xde sorg pon yg sudi jd penyakut prob aku.. huh.. mungkin ini adalah satu punca yg diperkatakan yg dunia xadil?? arrhh.. bila diri terasa rimas ad prob. mula menjauhkan diri dri org.. bilamnjauh kan diri.. ad yg mempersoal.. aku bnci dia la ap la.. shitt.. kenape nk pk negatif?? cuba pk positif.. aku jauh kan diri sbb nk space bersendiri.. dh la korg xnk jd penyakut prob aku.. korg nak pk negatif je.. korg buat aku stress kadang rse nak jatuh air mata.. bila penat bersaba.. 

penatnya asik aku nak kene jage hati sume org.. dia perangai mcm ni.. dia ngajuk mcm nie.. dia nangis plak.. arrhh knpe aku sorg je kene hadap sume nie?? prob hari sabtu 15/FEB/2014.. belum settle..korg tau?? xkan?? korg nk tlg?? xkn?? aq jgk hadap sendiri.. yg korg tau aq happy je.. bila aku bersendiri.. ad anta mesej 'Ape yg xd? Jujur jela, lao ko tak ske aku ckp je k.. aq xnk ko rase semak ngun aq' see..

huh k fine.. time mesej tu sampai betol2 semak pale aku.. aku nak kene buatkorg smile always.. and aku?? or mmg mcm tu kehidupan dunia.. penting perasaan n rasa hati org lain n mengabaikan perasaan sendri?? tapi bila dekat fb.. pandai pulak masing2 ckp.. aku nie ader perasaan jgk?? eh plak dah?? ouh.. aku nie bukan manusia la?? aku nie ape??

ok SEKIAN.. MENYAMPAH BILA ULAS CERITA MACAM NIE..!
(sebelum tu nak post sikit status wechat aku sesampai nye aku dirumh apabila pulang dari sekolah)


"TAHNIAH ASRINA..!
anda telah dipinggirkan oleh kawan2 anda.. dan kini anda sendiri meminggirkan diri.. dulu mereka lambat anda tunggu.. kini anda lambat tiada siapa menanti.. baru menyedari bahawa kepentingan mementingkan diri sendiri amatlah perlu.. TERIMA KASIH semua.. baru ASRINA sedar erti persahabatan.. dtg bila senang, buang bila susah.. idea yg bagus.. ditinggalakan bila diri terlambat.. menanti bila ada yg terlambat.. nak cuba konsep yg korg guna ni.. konsep 'PENTINGKAN DIRI SENDIRI' terima kasih atas ajaran.. ;)
mood: TERSANGAT HAPPY"

#moral of the story:
tak yah jadi baik sangat.. jangan terlalu berkorban.. takut diri terkorban..