Thursday 22 May 2014

Mungkin Dia lah Sahabat.. ??

*Dia lelaki*

hurm.. sekian lama aku mencari seseorang yang di gelar sahabat.. tak perlu ramai.. cukup sepasang telinga.. bukan aku nak mengatakan kawan-2 yang lain tak baik.. cuma mereka tidak terpilih sebagai pasangan terlinga yang aku percayai.. dia.. lelaki itu?? juga bukan pilihan pasangan telinga yang aku percayai.. tapi sepanjang 5 tahun perkenalan kami.. dia satu-satu nya lelaki yang tahan dengan keegoan ku, tahan dengan baran ku, tahan dengan keras nya kepala ku.. tahan dengan segala-2nya sikap buruk ku.. ada juga seorang daripada sahabat lelaki ini pernah cuba untuk mendekati aku dan aku menerimanya seperti biasa.. tapi dia lebih baran dari aku.. jika baran bertemu baran.. adakah ianya menjadi?? TIDAK.. maka secara on the sport namnya di singkirkan.. kalau nak ikut kan sahabat yang aku inginkan tak perlulah cantik paras rupanya.. tak perlu lah popular atau kaya.. sahabat yang aku perlukan sebenarnya.. boleh dipercayai.. menjaga aib diri ini.. lebih bermotivasi daripada aku.. cukup semua itu..

fakta hidup ku.. tak pernah aku mencerita beban yang aku pikul kepada seorang makhluk pun.. termasuk ibu ku sendiri.. mereka sering merasakan aku sentiasa dalam keadaan ok2.. tapi terkadang ia meletup.. dan saat itu akan banyak hati yang akan terguris.. saat itu.. mengharapkan aku untuk meminta maaf.. ouh.. maaf.. hanya yang tertentu.. 

Di waktu ini aku mengharapkan bantuan dari semua untuk tidak mengganggu emosi ku.. sesungguhnya terdapat yang mengenaliku aku adalah seorang yang sangat beremosi.. jangan dengan angkara yang kecil mencetus emosiku.. kerana disaat ini aku memerlukan doa dari semua untuk menentukan masa depan ku.. sesungguhnya perjalananku masih jauh..

dan dikesempatan ini aku ingin memohon maaf atas setiap kesalahanku.. terutamanya kepada rakan-rakan.. guru-guru juga yang mengenali diri ini..

I'M TELLING THE TRUE..

TAZKIRAH DALAM MENGEKALKAN PERSAHBATAN:


*Buku Yang Diperoleh Semasa Ceramah LGBT*

1) Elakkan darimenyakit hati kawan. (seena mintak maaf)
2) Sentiasalah merendah diri.
3) Jauhilah dari bermasam muka dan tinggalkan perselisihan-perselisihan kecil yang tidak berfaedah.
4) Berikan layanan yang sama rata.
5) Minta izin apabila masuk ke rumahnya. Begitu juga mengambil makanan atau minuman di dalam rumahnya. Adakalanya tidak perlu jika tuan rumah sudah biasa atau dimaklumi telah redha dengan kita bahkan dia merasa senang dengan ketidakcanggungan kita apabila berada di rumahnya.
6) Kasihi anaknya dan hormati orang tuanya.
7) Tepatilah janji atau lapikkan janji dengan sebutan Insya Allah supaya tidak menyusahkannya apabila tidak tertunai janji, maklumkan segera segala kesulitan yang dihadapi.
8) Kasihani mereka sebagaimana kita mengasihani diri kita sendiri.
9) Amankanlah perselisihan yang timbul dengan menjadi orang tengah dan bukannya mengapi-apikan atau menyemarakkan lagi perselisihan mereka.
10) Rahsiakanlah keaiban mereka sepertimana kita tidak suka keaiban kita dibuka.
11) Bersikap bantu-membantulah dalam segala perkara tanpa ada kepentingan peribadi.
12) Sentiasalah berbaik sangka.
13) Tenteramkan mereka apabila ditimpa kesusahan atau musibah.
14) Dekatilah orang miskin dan orangsusah dan berkanlah mereka kasih sayang.
15) Jagalah kehormatan, nama baik, maruah, jiwa dan harta benda mereka.
16) Peliharalah pertuturan daripada menyinggung perasaan.
17) Sentiasalah memberi maaf dan rajin pula lidah meminta maaf apabila bersalah terhadap mereka.
18) Doakan kebaikan dan kebahagiaan untuk mereka.