Tuesday 7 April 2015

Buatmu yang Tercinta..

*Sumper Pakcik Google*

sahabat,
dirimu amatku sayangi,
amatku cintai,
amatku rindui.

sahabat,
kau merupakan di antara mereka,
yg sentiasa berada di dalam lubuk hatiku,
selepas ALLAH yg amatku cintai,
selepas RASULULLAH yg amatku sayangi,
selepas BONDAKU yg amatku rindui,
selepas KEKANDA dan SAUDARA-MARAKU yg amatku kasihani.

sahabat,
masih ingatkah kamu,
detik-detik kita bertemu,
bertegur sapa,
beramah mesra,
saat-saat yg paling indah dalam hidupku.

sahabat,
detik-detik gembira,
selalu kita kongsikan,
(friends are sharing&couple is trouble)
masih ingatkah kamu,
melihat hilai tawamu,senyumanmu,
betapa indahnya dunia ini bersamamu.

sahabat,
detik-detik kesedihan,
memang amat di rasai,
kau selalu memberi kata-kata pembakar,
untuk diriku ini,
terima kasih sahabatku,
syukran jazilan.

sahabat,
detik-detik yg paling aku suka,
saat kita bergaduh,
bak kata orang 'gaduh-gaduh sayang',
masih ingatkah kamu,
kau dan aku melepaskan kemarahan,
yg menghantui dalam diri kita,
di situ aku tahu kelemahanku,
dan di situ juga la aku memperbaiki diriku,
yg amat lemah,kerdil,dan banyak kekurangan,
kemohonan kemaafan ku pinta,
agar diri ini dimaafkan.

sahabat,
kenangan bersamamu tidak mungkinku lupakan,
tidak mungkinku hilangkan dengan clorox,
x mungkinku padamkan dengan liquid paper,
kecuali ALLAH menarik balik ingatanku bersamamu,
akan aku selalu berdoa,
dan terus berdoa,
agar aku dapat mengingatimu sehingga nafas terakhirku....

salam sayang sahabatmu,
(NUR ASRINA SYAHLINI BINTI ABDULLAH)

No comments: