Thursday 22 May 2014

TAZKIRAH DALAM MENGEKALKAN PERSAHBATAN:


*Buku Yang Diperoleh Semasa Ceramah LGBT*

1) Elakkan darimenyakit hati kawan. (seena mintak maaf)
2) Sentiasalah merendah diri.
3) Jauhilah dari bermasam muka dan tinggalkan perselisihan-perselisihan kecil yang tidak berfaedah.
4) Berikan layanan yang sama rata.
5) Minta izin apabila masuk ke rumahnya. Begitu juga mengambil makanan atau minuman di dalam rumahnya. Adakalanya tidak perlu jika tuan rumah sudah biasa atau dimaklumi telah redha dengan kita bahkan dia merasa senang dengan ketidakcanggungan kita apabila berada di rumahnya.
6) Kasihi anaknya dan hormati orang tuanya.
7) Tepatilah janji atau lapikkan janji dengan sebutan Insya Allah supaya tidak menyusahkannya apabila tidak tertunai janji, maklumkan segera segala kesulitan yang dihadapi.
8) Kasihani mereka sebagaimana kita mengasihani diri kita sendiri.
9) Amankanlah perselisihan yang timbul dengan menjadi orang tengah dan bukannya mengapi-apikan atau menyemarakkan lagi perselisihan mereka.
10) Rahsiakanlah keaiban mereka sepertimana kita tidak suka keaiban kita dibuka.
11) Bersikap bantu-membantulah dalam segala perkara tanpa ada kepentingan peribadi.
12) Sentiasalah berbaik sangka.
13) Tenteramkan mereka apabila ditimpa kesusahan atau musibah.
14) Dekatilah orang miskin dan orangsusah dan berkanlah mereka kasih sayang.
15) Jagalah kehormatan, nama baik, maruah, jiwa dan harta benda mereka.
16) Peliharalah pertuturan daripada menyinggung perasaan.
17) Sentiasalah memberi maaf dan rajin pula lidah meminta maaf apabila bersalah terhadap mereka.
18) Doakan kebaikan dan kebahagiaan untuk mereka.

No comments: