Wednesday 27 November 2013

ALHAMDULILLAH MASIH BERSAHABAT..

SAHABATKU..

*Sahabat jika saya terkeluar dari jalan yang tidak sepatutnya, Engkau tarikkanlah aku kembali ke jalan yang sepatutnya yang diredhai Allah.. :)

* Jangan disebabkan 1 perkataan, 1 perkara, 1 perbuatan kita putuskan persahabatan. Hargai rakan kita. Erti persahabatan itu amat bermakna.. :')

* Ketika kamu bertemu seseorang yang mampu membawamu ke arah kebaikan, tetaplah bersamanya. Kerana sahabat yang baik itu amat sukar ditemui..

* Sahabat ialah orang yang boleh pinjamkan kita telinga, bila kita nak luah. Orang yang boleh jadi teman, bila kita sunyi & yang faham kita..

* Nak kenal siapa sahabat kita? Lihat, siapa dia yang setia di sisi, saat kita dalam keadaan terhimpit, sedih, kecewa, dan dilukakan..

* Sahabat. Gurau kasar macam manapun, susah nak berkecil hati. Dia tahu, mana batasnya, dan tahu mengambil hati..

* Jangan pernah sakiti sahabatmu, kerana sahabat adalah cara Allah menunjukkan bahawa Dia tak mahu kita bersendirian untuk jalani hidup ini.. :)

No comments: