Thursday, 7 June 2012

PERKARA PAHIT

Jike perkare pahit telah pun berlaku dan ada ditunjukkan oleh sesuatu pola, redhakanlah, lepaskan dan maafkan konflik yang telah berlaku di antara anda dan pasangan kerana anda berdua tidak tahu potensi negatif itu sebelum ini. Mulai sekarang, jadilah positif dengan hidup yang baru serta perbetulkan komponen-komponen alam anda dan lakukan aktiviti menambah keceriaan dan keserasian secara berterusan.

CUTI 2 MGGU??? huh!!

hurm.. na tggu cuti nie abis bkn main lme lg.. boring gile are.. apo la punco ae buek cuti lelamo nie.. bkn best pown.. dalam cuti 2 mggu nie.. aq na bersndirian la.. saje buat sombong dgn geng aq.. bru la ade rase rindu.. kalau tym cuti pown na mcj n call bilo pulak na ado raso gindu.. kalau dgn bdx klas aq yg laen.. mmg aq sombong la.. bkn stakat aq ta tego.. dowg tego pown aq ta reply.. maleh la na lyn.. nnt lpas cuti jmpe jgk.. asik org je sombong dgn aq.. aq na jgk try sombong dgn org laen.. relax are.. ta ya na sentap sangat dengan aq are.. ooh lupe plak na cite pasal fb.. fb aq kalau tym cuti dye pown cuti.. kot ta cuti dye ta cuti.. sbb tym cuti gamai owg on9.. den ta suko.. nnt sumo na togo den.. den maleh na layan.. terutae nye lelaki.. kalau lelaki mcm bese 2 ta kesah la aq.. nie yg kotak kuning.. yg na mnx cple.. mcm2 la.. mcm la dye knl aq.. na cple2 dgn aq plak... lanx ko la na kate aq bajet ke, poyo ke.. kesah pelak aq.. da aq mmg poyo vs bajet.. apo na buek.. ckg2 aq pown ckp aq bajet.. relax are bro.. :)


#teramatlabosan#

PERKAHWINAN

Perkahwinan adalah satu proses perjalanan kehidupan yang memerlukan usahasama untuk melayari perkongsian hidup secara membina, ianya satu perjuangan dan tidak memerlukan mana-mana pihak yang kalah atau menang. Yang penting ialah kesungguhan memikul amanah dan tanggungjawab untuk mencapai matlamat mencipta keluarga yang redhai Yang Maha Kuasa.


Perkahwinan adalah tanggungjawab. Perjalanan alam perkahwinan lebih mudah jika tanggungjawab dapat dikongsi bersama.


Agama memerintahkan seorang wanita bergelar isteri perlu mendengar arahan suami tetapi suami juga perlu mendegar dan membantu keluhan dan keperluan isteri.

JODOH

Jodoh, yang mana satu jodohku? Apakah jodohku itu seorang yang baik? Apakah perjalanan jodohku? Kenapa sukar untuk mendapatkan jodoh yang baik?


Jodoh... penuh dengan persoalan, keraguan dan ketidakpastian tapi juga impian dan harapan. Mana satu jawapan yang tepat bergantung kepada bagaimana anda bertanya soalan itu dan bagaimana anda mahukan jawapan itu memenuhi kehendak jodoh anda itu!

MENCARI CINTA

Cinta itu umpama salji. Ianya sejuk dan nyaman serta putih bersih apabila melayang jatuh dari langit ke tapak tangan kita. Tetapi apabila salji telah jatuh ke tanah dan di pijak, ia menjadi licin dan merbahaya. Oleh itu hargailah cinta apabila ianya jatuh ke tangan anda dan jangan pijak cinta itu nan anda tergelincir jatuh!

ASTRONUMEROLOGI DINAMIK

kenalilah cinta dengan ilmu pengetahuan dan panduan, bukannya dengan perasan semata-mata. Cinta yang berilmu menghasilkan cinta yang jujur, mulia dan kukuh. Tanpa ilmu di dalam cinta, umpama mencari air jernih di padang pasir yang gersang, anda terperangkap dalam ilusi air di padang pasir.

CINTA, JODOH DAN PERKAHWINAN

Dulu aku buta tentang cinta, aku sangka cinta itu sepatutnya buta, hakikatnya cinta itu celik dan lebih berkesan apabila cinta itu celik dan apabila aku celik tentang cinta...