Friday 15 August 2014

CURAHAN KASIH 2014.. :'(


Curahan Kasih aktiviti di sekola ku..
Air mata hari ini adalah air mata yang telah lama tidak aku curahkan daripada mulanya program itu sehingga aku balik membawa ke lena.. Setelah bangun dari lena terasa diri ini mengalami kondisi yang agak suam.. Mungkinkah kerana curahan air mata yang terlampau itu aku di timpa DEMAM?? 

Kenapa aku mencurahkan air mata terlampau itu??

Kerana aku inginkan ibuku berada disisi.. Seperti rakan-rakan lain yang berada disisi ibubapa mereka.. Aku mengerti alasan ibu mengapa tidak hadir?? Dan mengapa dia menghantar wakil?? Aku mengerti semuanya!! Tapi aku masih tidak dapat menerima itu.. Dikala rakan yang lain sedang enak dalam dakapan ibu tercinta dikala itu juga aku hanya mampu teresak sendirian tiada tubuh yang boleh ku dakap.. Mengharapkan seorang guru tersayang menghadiri dikala aku memerlukan dakapan seorang guru.. Tapi itu mustahil.. Kondisinya juga tidak mengizinkan..
Seorang rakan ku bertanya.. 'Seena kenapa kau tak duduk dengan Uncle kau' lalu aku menjawap ringkas dan senang untuk dia mengerti.. 'Kami bukan MAHRAM'.. Lalu dia tunduk mengerti.. Beberapa hari sebelum majlis ini berjalan telah aku memujuk ibu ku untuk hadir ke majlis ini.. Dia tetap memberi alasan yang sama.. Lalu aku berkata 'takkan nini nak peluk uncle bila ada nangis-nangis nanti??' ibu ku menyahut ringkas dan sangat berbekas.. 'Ah tak payah polok-polok the'.. Saat itu aku tidak tyerasa akan percakapan itu.. Tetapi hari ini kata-kata itu mula menonjolkan diri.. Dan saat itu aku tersangat perih..

Dalam aku melayan pemikiran ku.. Mata ku terlihat insan yang sangat aku kasihi.. Lantas aku mengejar.. Mula-mula kepala ini ingin menyatakan semua yang di ajar oleh En. Muhammad Asri Bin Hj Hussain.. Iaitu mengucap sayang terhadap sahabat, memohon maaf, memberi maaf dan minta dia mendoakan.. Setelah berjaya bertentang dengan sahabat itu.. Mulutku hanya mampu mengucap maafkan saya and doa kan saya.. mungkin perkataan sayang itu malu untuk aku luahkan.. Lantas dia berlalu pergi.. Kerana saat itu dia bergegas mahu berjumpa seseorang..

Tinggal lagi aku melayan duka.. Dalam melayan duka sempat juga aku berkongsi pengalaman dengan sahabat yang berada disisi ibu meraka.. Cemburu rasa hati.. Terlihat lagi sahabat ku yang tadi.. Saat ini di kelihatan tidak lagi tergese-gese.. Aku mengejarnya lagi.. Saat itu aku tidak lagi dapan merahsiakan perasaan kuciwa dihati.. Dia cuba menghilangkan kesedihan ini dengan membuat jenaka yang saat itu aku tidak dapat menerima jenaka-jenakanya.. Kesal.. Lantas aku sendiri yang meninggalkannya..

Berlari anak aku ke tempat yang tiada seorang pun disitu.. Sedang enak melayan duka.. Sorang demi sorang sahabat sekelasku tiba.. Bertanya dan terus tertanya mengapa aku masih bersedih?? Cuba juga membuat jenaka.. Tapi setiap jenaka yang masuk di telinga hanya lah seperti air yang dicurah ke cawan yang terbalik.. Krriinnggg..! Loceng sekola berbunyi tanda tamat sudah sesi persekolahan..

Di atas motor air mata berjuraian seperti lebatnya hujan yang dikala itu cuaca yang sangat indah.. Tidak terlalu panas dan tidak juga hujan.. Hanya aku sendirian hujan yang berpanjangan.. Sesampai je dirumah aku menyalin sepersalinan dan terus melayan perasaan hingga basah lengan@batalku.. Setelah terasa letihnya aku teriakan aku dengan tertido..

Terima Kasih mak cik Norma yang sudi jadi ibu Ina untuk seketika..

Tadi p pasar malam AIR MAWANG jumpa sahabat sekelas dia tego.. 'Seena sembab mata huhuhu..' Aku hanya mampu tersenyum tanpa sebarang hujah.. Tiada terdaya untuk berkata-kata.. Hilang selera makan.. Tekak rasa sakit.. Kepala tak berhenti berdenyut daripada majlis tadi hingga kini.. Effect apa kah ini??

Esok nak pergi ke Tampin.. Kalau tak penting tak hinggin ku melakanh keluar dari rumah dengan rupa begini?? Di pasar malam tadi nak carik jersey yang ckg suruh carik utk pebarisan hari Ahad nie.. Tapi tak de pulak.. Selalunya ada pulak.. Berharap segala nya di permudahkan esok.. Tak sanggup aku berlama-lama di Tampin yang sesak itu.. :'(

Story yang tiada ending..

The End

Sunday 10 August 2014

Tidak Lagi Melawan Takdir..



Hurm.. Aku rasa selama ini aku melawan takdir.. Mengusahakan sesuatu yang sememangnya yang tidak akan menjadi milik aku buat selamanya.. Empat kali mengusahakannya.. Ia tetap tidak berkekalan.. 7/7/2014, ia telah pun tamat.. Dan kali ini tidak inginku menentang takdir yang telah di tetapkan oleh ALLAH.. Aku terima semua dengan redha dan berusaha mengekalkan dan meliharanya.. InsyaALLAH.. :)


Kadang diri ini lemah..
Kadang diri ini gundah..
Lantaran iman yang goyah..
Hamba Allah yang sentiasa bersalah..

Saturday 9 August 2014

New Nickname.. "CIK NI"

Karamina & Harith

"Cik Ni".. Mau buang semua kisah silam.. Ukir kenangan yang lebih indah.. "Chek Ina".. Ingin ku lenyapkan dari ingatan.. Lupakan semua kisah yang menyinggungkan.. Kini terlahirlah saya.. Iaitu "Cik Ni".. Tertanya-tanya kenapa "Cik Ni"?? Sebab tadi anak buah saya panggil saya kakak lepas tu ummi dia betulkan bukan kakak tapi "Aunt@Cik Ni" so dia panggil saya "Cik Ni".. Saya rasa best pulak nama tu.. Saya pun jadikan nama FB saya.. Terima Kasih Harith and Mina "Cik Ni" dah ada nama fb baru.. Huhuhu..

Hikmah 'Tiada Jodoh




Bila putus cinta, tak jadi kahwin, 
putus di tengah jalan..
Kita biasa dengar ungkapan ni.

"Dah takde jodoh..."

Tapi saya nampak ianya lebih dari itu. 
Ada banyak punca, antaranya:

Ianya adalah pengajaran dari Tuhan.

Orang bercinta atau orang yang tengah sayang menyayangi, timbul sampai ke satu tahap mereka rasa, atau salah seorang dari mereka rasa,

"Dialah segala-galanya bagi aku."
"Aku hanya sayang dia seorang."
"Cinta aku hanya untuk dia."
"Rinduku milik dia."
"Ah, hanya dia."
"Hatiku milikmu."
"Dialah satu, tiada dua."
"Hanyalah satu yang bertakhta di hatiku."
"Kalau aku ada kambing seekor, aku hanya akan berikan padamu."
dan bermacam lagilah. 

Bila sampai ke tahap ini, maka mereka yang terlibat sebenarnya telah buat kesilapan yang besar iaitu MELEBIHKAN seseorang dari YANG LEBIH PATUT DILEBIHKAN.

Dgn kata lain, melebihkan cinta seseorang melebihi cinta kepada Tuhan.

Pada Tuhan tak pernah² diluahkan rasa sayang dan kasih sebegitu dahsyat. Tapi, pada manusia yang tak beri manfaat apa-apa, dia beri segalanya. Beri hatinya.

Lalu, Allah STOPKAN perhubungan tu. Maka terputuslah di tengah jalan. 

Tak kiralah putus sebab apa pun. Sebab orang ketiga, sebab salah faham, sebab gaduh, sebab mak bapak tak berkenan, sebab keluarga, sebab harta, sebab sikap, sebab tak sefahaman, sebab nafsu tak dapat kontrol, sebab cempedak jadi nangka, sebab berebut murtabak dan macam2 sebab lagi. Itu cumalah asbab. 

Sedang yang mengawal hati, menentu jodoh, menjadikan hubungan itu smooth atau celaru, semua di tangan Allah.

After hubungan tak kesampaian, sekarang siapa yang kau tuju?

Allah juga jadi tempat yang dituju.
Allah juga jadi tempat mengadu.
Lalu terpacullah dari bibir, 
Tertaiplah pada statusmu, blogmu, nukilanmu,

"Cukuplah Allah bagiku."

Selama ini kita cabar Allah dengan melebihkan manusia dari Dia. 
Lalu Dia seru sahaja mengikut iradat-Nya, 

"Kun Fa Yakun."

Putuslah.
Berakhirlah.

"Kembali sujud pada-KU!"

Sekarang setelah dah tiada jodoh, 
Siapa yang kau lebih perlukan?

Barulah tersedar,
"Aku perlukan Allah.
Aku sayang Allah."

Akhir kata, jangan cabar Allah.
Dengan atau tanpa sengaja.

Nukilan: Muhammad Rusydi 


HIKMAHNYA:
#JANGAN MELEBIHKAN MANUSIA DARIPADA ALLAH#

Friday 8 August 2014

Aku Memilih Setia..



Hari ini aku harus berterus-terang. 
Luahkan segalanya pada suami.

Aku nak minta dia lepaskan aku. Ceraikan.

Ding!

Mesej masuk di Whatsapp.

“Awak jangan risau. Saya janji akan bahagiakan awak. Kuatkan hati, kuatkan tekad. Tak guna hidup bersama kalau dah tak cinta.”

Mesej dari pemuda yang sudah 6 bulan ku kenali. Tua dua tahun dariku. Bermula kenal dari Instagram bisnes tudungku. Dia tawarkan diri untuk jadi jurugambar professional. Kerja sebenarnya, arkitek di sebuah syarikat ternama. Hasil dari gambar-gambar cantik yang diambilnya, bisnes tudung makin bertambah maju. Dalam masa 4 bulan, sudah mampu bayar deposit kereta baru.

Dari hanya bisnes, akhirnya hubungan kami jadi rapat. Suamiku langsung tiada syak wasangka. Sangkanya cuma rakan perniagaan. Suami sendiri kenal pemuda itu. Malah, dia sendiri yang hantar dan ambilku ke studio untuk photoshoot. 

Dalam diam, pemuda itu meluahkan rasa cintanya padaku. Aku pada mulanya berat untuk menerima. Status ‘isteri orang’. Namun, lama-kelamaan aku mengakui punya rasa yang sama dengannya. Cinta tidak bertepuk sebelah tangan. Katanya, dia kagum dengan kecantikan dan kelembutanku. Matang dalam berfikir, bijak dalam bisnes. 

Bernikah seawal umur 21. Hayat perkahwinanku dah menginjak tangga lima tahun. Dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Suamiku kerjanya biasa saja. Seorang despatch. Itulah kerjanya sejak awal bernikah sampai sekarang. Kadang-kadang kerjanya itu sampai ke petang. Kadang sampai ke malam andai ada masalah. Semua kiriman dan surat perlu sampai tepat pada masa. 

Suamiku itu umumnya baik. Tapi, selalu kami bertengkar juga. Masalah dia terlalu sibuk. Tiada masa untuk anak dan keluarga. Balik lewat petang, dah sangat penat. Nak buat overtime lagi. Katanya nak cari duit lebih, nak beli rumah. Tak mahu lagi menyewa. Tiga empat bulan ni, dia struggle untuk tujuan tu. Banyak kali dia balik rumah, aku dah tertidur pun. Aku pula cuma suri rumah yang ada bisnes tudung di internet. Akhir-akhir ni, pendapatanku lebih lumayan berbanding suami. Minggu lepas kami bergaduh besar. Dia sangka aku nak menunjuk-nunjuk aku lagi lebih darinya; nak tunjuk aku dah ada duit, so aku nak belikan segalanya dalam rumah. Hatta kepada kereta pun. Dia rasa kecil hati tak pasal-pasal. Malas aku nak bertekak. Tension bila niat baik disalahfahami. Pertengkaran berlanjutan. 

Bila aku stress, aku adukan masalah pada pemuda si jantung hati. Dia sangat memahami. Malah, mampu menenangkan aku. Aku rasa damai di sampingnya.

Malam ni aku tekad. Aku nak bercerai.

Aku tunggu dia balik kerja. Lambat sangat sampai aku tertidur. 

Bila bangun, dia tak ada di sebelah. Aku tengok motornya dah ada di parkir. 

Aku melangkah ke bilik anak. Nampak pintu sedikit terbuka. Ternampak kelibat suamiku di dalam. Aku mematikan langkah sekadar di luar pintu. Aku menantinya keluar dulu dari bilik anak. Tak mahu anak terdengar nanti. Berdiri di sisi dinding bilik anak. Telingaku terdengar anak dan ayah sedang berbual. Menangkap jelas segala tutur kata.

“Ayah, kenapa ayah asyik cerita pasal Nabi Muhammad saja?”

Si ayah tersenyum menjawab,

“Sebab ayah nak anak ayah ni tiru Nabi. Tak ada cerita yang terbaik selain cerita Nabi. Buku cerita lain hanya berkisar tentang fantasi, fairytales. Sedangkan tu semua tak wujud. Khayalan. Namun, Nabi kita wujud di realiti. Malah, menanti umatnya di akhirat kelak. Hero kamu bukan ayah, bukan watak-watak komik cerita fantasi. Hero kamu adalah Nabi Muhammad. Bukan sekadar bedtime stories.

Ayah tak tahu banyak, jadi ayah bacakan saja dari buku Biografi Nabi Muhammad ni. Dulu, ayah belajar setakat STPM saja. Ayah tak pandai. Ayah orang miskin. 

Tak ada siapa pun ceritakan tentang Nabi secara terperinci pada ayah. Atok pun tak pernah. Jadi, ayah tak nak kamu jadi macam ayah. Ayah nak kamu jadi dewasa untuk jadi seperti Rasulullah. Berjaya di dunia dan akhirat. Andai suatu hari kamu tak berjaya di dunia sekalipun, kamu miskin sekalipun. Harapnya kamu tak miskin agama. Pegang kuat apa yang ayah cakap ni, ya?”

Si anak mengangguk. Senyum.

“Malam ni, ayah nak pesan apa-apa sebelum saya tidur?”

Si ayah menjawab ringkas,

“Ada. Ada seorang ustaz kata, kita kena berinteraksi pujuk anggota badan kita sendiri. Motivasi anggota badan supaya tak buat benda-benda tak elok.”

“Macam mana tu, ayah?”

“Misalnya, ambil masa seminit dua, sambil gosok tangan, cakap pada tangan, ‘Hei tangan, hari ini jangan buat maksiat tahu. Allah nampak.’ ‘Hai kaki, hari ni kita melangkah ke masjid ya.’ Usap mata pula dan kata, ‘Wahai mata, hari ni nak melihat yang baik-baik saja. Nak tundukkan pandangan.’ Beritahu dengan seluruh anggota badan yang selalu buat benda tak baik, ‘hari ini, kena takut pada Allah. Jangan buat maksiat, okay?’.”

Si anaknya tersenyum.

“Jadi, saya kena beritahu mata saya, ‘Wahai mata, hari ni jangan tengok kartun banyak sangat. Tengoklah Al-Quran!’”

“Pandainya anak ayah!”

Si ayah mencium dahi anaknya. 

“Dah, tidur ya? Baca doa tidur sama-sama. Allahumma Bismika Ahya Wa Amut. Ya Allah, dengan nama-Mu aku hidup dan aku mati. Amin… Baiklah. Jumpa malam esok pula.”

Si ayah bangun dan nak keluar bilik. Tiba-tiba tangan si ayah digapai si anak. Menangguh langkahnya.

“Ayah sayang saya tak?”

Ayahnya tersenyum.

“Sayang sangat.”

“Sayang umi tak?”

Ayahnya tersenyum lagi.

“Sayang. Lebih dari kamu tahu. 

Saat ayah tiada apa-apa dalam hidup, umimu itu sanggup terima ayah jadi suaminya. Baik kan hati ummi? 

Sayang ayah pada umi, sampai menutup mata. Sampai akhirat sana.”

Anaknya tersenyum lebar sampai terlelap.

**
Suamiku melangkah keluar bilik.

Langkahnya terhenti.

Aku menanti di luar bilik. Basah sudah pipi ini dengan air mata. Mengalir tanpa henti. Sungguh hati ini terusik sangat dalam. Aku tak tahu pun suamiku itu setiap malam berada di sisi anak bercerita tentang Rasulullah s.a.w.. Selama ini, ku sangka suami itu langsung tidak peduli.

Sungguh, aku khilaf!

Ku capai tangan suami. Ku salami tangan kasar itu.

“Awak ok ke?” 

Suami kaget seketika.

“Maafkan saya, abang. Maafkan saya. Selama ini, saya curang dengan abang. Saya isteri derhaka. Maafkan saya. Ampunkan saya, bang.”

Suami mengusap ubun-ubun kepalaku.

“Abang dah lama tahu… Abang maafkan..”

Suamiku itu senyum. Tapi, ternyata ada hambar di wajahnya.

“Awak cinta lelaki cameraman tu? Kalau awak cinta dia dan dah tak cinta abang, abang rela korbankan kebahagiaan abang demi melihat awak bahagia.”

Kerana terpaksa, dia relakan. Rela lepaskanku. Bagai nak luruh jantungku ketika itu. Menggigil tangan. Seram sejuk. Aku yang tadi rasa diri kuat nak minta cerai, sekarang dah kaku terus. Tak berdaya. Dalam terketar-ketar, ku kuatkan hati. Sebak mencengkam rasa. Air mata tak daya diseka.

“Tak nak…tak nak..Saya nak abang seorang je…Nak ke Syurga dengan abang…bawa anak kita sama..”

Lantas suamiku itu tersenyum. Kali ini riaknya ikhlas riang. 

Tumpah air mata lelakinya di hadapanku. 

“Jangan ulang lagi…Hargai abang..boleh?”

Ringkas saja tuturnya dalam sebak bicara sama.

Rupa-rupanya dia naik angin dan bertengkar bukan kerana aku ada duit banyak, ada duit lebih. Tak, dia marah dan sakit hati bila dapat tahu tentang aku dan pemuda itu. Disembunyikan sedaya boleh.

Aku mengangguk mengiyakan.

“Tak kisah suami awak ni miskin? Tak kerja best?”

“Tulusly, tak kisah!”

***
Mesej Whatsapp masuk. DP pemuda kacak. Si cameraman merangkap arkitek.

“Macam mana? Dah selesai?”

Aku membalas ringkas mesej itu.

“Maaf. Saya putuskan untuk memilih setia. Kita selesai di sini. Lepas ni, suami saya sendiri yang akan jadi cameraman.”

Mesej masuk lagi.

“Tapi..tapi…kita kan sama-sama menyintai! Dah janji sehidup semati!”

Aku terus tekan uninstall Whatsapp. Buang sim. Patahkan. 

Depan suami.

Dalam hati, enggan lagi melukai. Insan yang lama setia di sisi.

Enggan kerana indahnya mahligai harapan yang belum jadi kenyataan, setia sanggup ku korbankan.

cerita oleh: Muhammad Rusydi 
gambar hiasan: Iman Rulkhairi

Monday 4 August 2014

Raya 2014

Kapten di hari raya.. :)


Ma big Family..


Selamat hari raya maaf zahir dan batin.. Ampunkan segaladosa ku yang lalu dan yang akan datang sesungguhnya aku menyayanggi kalian yang sangat berjasa padaku.. Alhamdulillah aku di kurnia insan-2 yang berhati mulia.. Keluarga yang menyayanggiku.. Sahabat yang setia.. Guru yang ikhlas memberi ilmu.. Dan semua masyarakat..

Alhamdulillah


Di Mabuk Cinta

Bayangkan bila harimu penuh warna
Itulah yang saat ini ku rasakan..

Dia membuat tidurku tak nyenyak
Dia membuat makanku tak enak
Ku terpikat pada kehangatan
Yang selalu dia berikan

Ku rasa ku sedang dimabuk cinta
Nikmatnya kini ku dimabuk cinta, dimabuk cinta

Bayangkan bila harimu penuh warna
Itulah yang saat ini ku rasakan

Dia membuat tidurku tak nyenyak
Dia membuat makanku tak enak
Ku terpikat pada kehangatan
Yang selalu dia berikan

Ku rasa ku sedang dimabuk cinta
Nikmatnya kini ku dimabuk cinta
Ku rasa ku sedang dimabuk cinta
Ku rasa ku sedang dimabuk cinta

Dimabuk cinta, dimabuk cinta, dimabuk cinta