Sunday 29 December 2013

KESABARAN IBU TERUJI


Apabila kita sayangkan seseorang,kita takkan mengguriskan hatinya.Cuma adakalanya terluka juga.Jadi berfikirlah dahulu sebelum bertindak ataupun berkata-kata agar insan yang kita kasihi tidak merajuk hati & segeralah mohon kemaafan. "Maafkan adik andai penah melukan hati mak.. adik tak nak di campakkan ke neraka atas alasan menderhaka pada mak.." 'hope mak bersabar.. apa yang jadi pagi tadi.. mak maafkan dia.. adik dah tego dia insyaALLAH dia tak buat lagi.. kita doakan sesama.. mak jangan nangis lagi..sebak hati adik.. adik saje je tak nak bagi tahu mak yang adik nasihat kan dia.. sebab tu mak pelik hee.. biar la ALLAH yang tahu.. yang penting dia dah tak buat lagi' 
SABAR YE.. :')

Tuesday 17 December 2013

CARAMEL..

FIRST TRY!!

huhuhu.. alolo buruk nya rupa.. huhuhu.. xpe2 org selalu ckp first try mmg slalu xjadi.. second try confirm jadi.. hak3.. tapi yang penting rasa nya ada.. bende nie jd x cntik sbb dia punya sos letak late.. hak2.. spatotnya letak sos dia dulu.. baru letak di punya adunan telo..huhuhu..




RESIPI

Bahan-bahan
( Seisi keluarga )

1 tin susu cair
1 cawan susu segar
1 senduk gula pasir
5 biji telur
1 sudu kecil tepung kastard
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil esen vanilla
Untuk dibuat karamel/ gula hagus:- 1 senduk gula pasir

Cara-cara

Campurkan kesemua bahan kecuali karamel/ gula hangus. Tepung kastard & tepung jagung perlu dibancuh dulu dengan susu segar supaya tak berketul.(boleh guna whisk, hand mixer/ blender)
Masukkan karamel/ gula hangus yang dah siap dibuat tadi ke dalam loyang. (Kalau boleh jangan terlalu hangus takut puding jadi pahit)
Masukkan adunan tadi ke dalam loyang tersebut.
Kukus selama lebih kurang 45 minit.
Setelah siap sejukkan dalam peti sejuk. 
(sangat sesuai dihidangkan ketika sejuk)

~> http://www.myresipi.com/top/detail/9304
~> http://www.youtube.com/watch?v=N6JZx86OyXM

Saturday 14 December 2013

OREN SI KUCING

*GAMBAR OREN MENAHAN UJIAN*

Allah hu!! kesian dia..sepanjang cuti nie.. macam ujian yang dia terima.. mula2 tiga bisul di bawah dagu.. aku misi pemberi ubat.. cukup seksa.. tp semalam dia merelekan.. mungkin dia dah biasa..

tapi hari nie dia pelik.. satu rumah dia lari..keluar masuk.. abg  ina ckp dia dri ptg td mcm tu.. abg ckp dia kene gatal2.. kesian.. malamni nak g ubat lg susah dri biasa.. mungkin dia x tahan.. badan dia gatal sangat.. nak mandikan.. kesian pulak dah malam.. ina ckp dgn dia.. "saba ae oren.. kejap je lagi nak siang.. nanti dah siang ina mandikan oren" dia seolah2 memahami ap yang ina ckp.. dia duduk terbaring seperti didalam gmbr.. tapi sekarang dia kembali berkeliaran.. tak tahan rasa.. kesian.. simpati tengok dia..

Friday 6 December 2013

HARI BERSEJARAH..


esok SABTU bersamaan 7/12/2013.. adalah hari bersejarah buat adik sedara yang ada depan ina tu dengan adiqnya.. dan hari bersejarah juga buat seorang insan yang aku sayang.. huhuhu..

FARID DUDIN BIN ANUAR & FARIS IZHAM BIN ANUAR.. akan menjangkau kealam seorang lelaki yang sebenar.. mereka akan berkhatan di KLINIK AL-AZIM TAMPIN.. tahniah adik~adik.. semoga kamu berdua sihat~sihat selalu..

SIPOLAN BIN SIPOLAN.. tahniah juga buat kamu.. semoga berbahagia selalu.. tdak pernah sekali pun namamu ku lupakan dalam setiap doaku.. semoga kamu dalam lindunganNYA.. :)

SELAMATLAH SEMUA.. :)

Thursday 5 December 2013

CINTA KENANGAN SILAM


alahai abg handsome.. banyak nye borak sampai ina pun tercita kisah silam ina.. kalau boleh tak nak cerita tapi dah tercerita.. ina teruskan je la.. takkan ina nak biar abang tertanya~tanya.. dosa lak ina..

zaman kegelapan bagiku.. zaman kejahilan bagi diri.. pedihnya hingga kini ku terasa.. dengan kejadian itu membuktikan sesuatu yang aku tak pernah tahu dulunya.. iaitu manusia rambut sama hitam ragam nye lain~lain.. ye KHILAFKU..

ramai manusia memelih untuk memutar semula masa utk menebus kesilapan.. tapi tidak aku.. aku ingin teruskan hidupku dan kamu juga teruskan hidup mu.. kerana aku sering dinasihati 'SETIAP KEJADIAN ADA HIKMAHNYA' maka percaya pada kuasaNYA.. DIA maha berkuasa lagi maha adil.. 

dia yang dulu berlalu pergi.. ALLAH kurniakan yang baru.. kini dia yang baru mengganti.. dan dia juga telah banyak meluruskan perjalananku dalam hidupku sebagai seorang khalifah dibumiNYA.. dengan hadirnya dia sebagai peganti.. dia telah pun membuang keegoan ku yang menguasai diri.. ego si pemusnah hubungan.. 

kerana ego aku keras kepala.. tetap dengan keputusan ku sehingga merosakkan hubungan.. ego menjadikan aku perempuan yang kurang sempurna.. ego. ego.. ego.. dan semua ego.. kini tidak lagi.. selamat tinggal EGOKU.. dia banyak menasihati dan banyak membantu.. sungguh aku banyak berjasa padanya.. sungguh jasamu tidak dapat ku balas.. aku menyayanggimu kerana DIA.. juga aku menyayanggi dia yang dulu juga kerana DIA.. :')

Monday 2 December 2013

Resipi Kek Coklat Kukus lembab, mudah dan menjadi!



Bahan untuk kek coklat..

Bahan A· 1 cawan serbuk koko ( tak kisah jenama apa pun ) 
· 1 cawan gula pasir 
· 1 cawan susu cair 
· 1 cawan minyak masak 
· 1/2 cawan susu pekat 
Bahan B 
· 11/2 cawan tepung gandum 
· 1 sudu teh bikarbonat 
· 1 sudu teh baking powder 
· 1 sudu teh esen vanilla 
· 3 biji telur (suhu bilik) 


Cara-cara 
1. Masak Bahan A dalam periuk sampai sebati. Api kecil. Sejukkan. 
2. Pukul telur sampai betul2 kembang (lebih kurang 5 minit ++) kemudian masukkan bahagian A. 
3. Masuk esen vanilla. Pukul sampai sebati. 
4. Masuk bahagian B sedikit demi sedikit. (seelok2nya tepung, bikarbonat dan baking powder diayak bersama terlebih dahulu). kacau sebati selama 5 minit ++ 
5. Masukkan adunan dalam loyang dan ikat dengan beg plastik. Boleh juga pakai kertas foil. Papepun pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan. 
Myresepi_2

6. kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu..). Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa 
7. angkat ... tunggu sejuk baru boleh potong. kalau rajin boleh letak topping.. 


BAHAN UNTUK TOPPING (ganache) NYUMMM

Bahan:
300 gm coklat masakan ~ dipotong kecil
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1/4 cawan air panas 

Cara: 
Panaskan susu cair dan susu pekat dgn kaedah double boiler. 
Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair. 
Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lg hingga cair. 
Curahkan 1/2 dr ganache atas kek yg masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek. 
Biarkan lebih kurang 15 - 30 min supaya ganache tadi meresap ke dalam kek. 
Panaskan kembali lebihan ganache td (kaedah double boiler) dan masukkan air panas. 
Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi. 
Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais. 
Boleh juga dinikmati ketika suam2 panas.. 
* mmg agak banyak ganache yg dihasilkan sbb nak kena siram 2x atas kek tu nanti utk menghasilkan kek yg super duper moist *

sila cuba okeyyy...xnyesal nye...konpem jadi..